Tuesday, April 24, 2012

Puding Triffle Lagi.... ~ 24/04/12

Ode yang tak pernah putus iaitu Puding Triffle.... Ode ni dari Pn Ita dari Sg. Soi nakkan 2 set Puding Triffle untuk majlis harijadi anaknya pada hari ni.... Puding ni memang tengah hangat dalam permintaan pelanggan sekarang.... Beliau minta agar diwat kastardnye jangan manis sangat kerana kawan-kawan anaknye akan hadir ke majlis harijadi anaknye....Harap beliau berpuashati dengan puding tersebut....

Kek Green Karpet ~ 24/04/12

Tempahan kali ke 2 dari Pn. Hamidah PA PKPN dimana beliau nak sebiji Kek Karpet.... Beliau memang gemar akan kek tersebut kata beliau kek ni memang sedap.... Beliau ode untuk wat makan-makan bersama keluarganya....

Tempahan Puding Triffle Rasberi ~ 20/04/12

Salam semua untuk kali ini.... Bertemu kembali.... Tempahan kali ni datang dari Cik Fadlina rakan seofis.... Ode ni merupakan kali ke 2 dari beliau.... Beliau nak ode puding triffle jelly rasberi bagi pihak adik beliau yang nak sangat makan puding ni. Harap beliau dan adik beliau berpuashati dengan puding tersebut.... Jangan segan-segan untuk wat ode lagi ye....

Monday, April 16, 2012

Kek Lapis Masam Manis ~ 12/04/2012

Ketemu kembali.... Kali ni bukan nak memberitahu tentang tempahan tapi saja sekadar nak berkongsi dengan bloggers.... Ibu saya membuat kek lapis masam manis yang menjadi kesukaan kami sekeluarga terutama diwat pada hari raya.... Setiap kali hari raya kek ini akan dihidangkan kepada tetamu dan rasanye yang lembab, gebu dan tidak berapa manis hanya manis pada asam manis tu sahaja.... Kek ni memang dikukus dan dibakar sekejap untuk membuat kek ini menjadi tahan lama.... Kali ni mak saya membuat kek ni untuk dihadiahkan kepada Puan Sh. Rohana iaitu Ketua Pembantu Tadbir saya di pejabat kewangan.... Ini untuk tanda terima kasih kerana datang melawat dan datang ke rumah saya kerana pada Jumaat 30/04/12 telah berlaku taufan dan hujan lebat mengakibatkan bumbung rumah saya dihempap pokok.... Banyak jugak kerosakan yang berlaku tapi yang penting tiada nyawa yang terancam dan dalam bahaya.... Harap beliau gembira dengan pemberian ini dari saya sekeluarga....

Saturday, April 14, 2012

Puding Triffle Mini Rasberi & Strawberi ~ 12/04/12

Terlambat sikit mengupdate blog.... Kali ni ode adalah dari rakan-rakan ofis iaitu Puan Nurul Khalbiah dan Cik Fad.... Nak Puding Triffle Mini sebanyak 20 bekas setiap seorang dengan berlainan perasa jelly iaitu rasberi dan strawberi.... Ode ni untuk makan bersama keluarga dan kawan-kawan.... Harap mereka berpuas hati dengan ode ni....

Puding Triffle Strawberi ~ 10/04/2012

Tempahan ni diterima minggu lepas.... Puan Rohana ode Puding Triffle Strawberi sebanyak 20 bekas mini untuk makan-makan bersama keluarga katanya.... Wat masa ni memang puding ini mendapat sambutan yang hangat dari pelanggan.... Beliau juga nak puding tersebut diletak kek perasa pandan.... Harap Puan Rohana tidak jemu-jemu untuk membuat ode lagi ye....

Friday, April 13, 2012

Tempahan Puding Triffle Mini ~ 06/04/2012


Salam Semua.... Tempahan ni telah diwat minggu lepas hanya hari ni saya dapat menupdatekan blog ni kerana kesibukan dengan kerja ofis.... Tempahan ini dari Kak Fanizah, Jas dan CC Sh. Rohana iaitu Puding Triffle Mini sebanyak 20 bekas setiap seorang untuk dibawa makan bersama keluarga pada Hari Keluarga KEWPER 2012 pada 06hb - 08hb April 2012 di A' Farmosa Resort Hotel, Melaka.... Saya membuat 3 jenis perasa iaitu strawberi, oren dan rasberi.... Diharapkan mereka berpuas hati dengan tempahan ini....