Wednesday, April 24, 2013

Tempahan Coklat dan Vanila Cupcake....

Puan Fatimah kawan sepejabat menempah 50 biji cupcake berperisa coklat dan vanila..... Ini untuk dijamu pada majlis kenduri keluarga katanya.... Nak deco ringkas-ringkas je asalkan cantik dan cute mute.... Harap beliau berpuas hati dengan tempahan tersebut.....

Kek Red Velvet

Sememangnya ramai yang meminati Kek Red Velvet..... Tempahan ini diterima dari Puan Jue..... Beliau dan anak-anak meminati kek ni yang moist dan rasa masam2 manis......  Puan Jue kata nak makan bersama keluarga.....

Wednesday, March 13, 2013

Orange California Cheesecake ~ 8/3/2013

Salam Sejahtera semua.... Tempahan kali ni datang dari Puan Norul yang merupakan peminat kek cheesecake.... Beliau menempah Orange California Cheesecake untuk dimakan bersama keluarganya....

Kek Coklat Lapis Cheese lagik......

Kek Nenas Terbalik or Upside Down Pineapple Cake.....

Kek Nenas Terbalik Moist ni memang moist dan sedap.... Tempahan ni dah lama baru hari ni kesempatan nak upload.... Tempahan dari Mrs. Feddy untuk Chinese New Year bulan Februari yang lepas dah....

Saturday, December 8, 2012

Kek Fruits Top ~ 03/12/2012

Salam kepada semua bloggers.... Isnin lepas saya membuat Kek Fruits Top untuk wat rakan-rakan sepejabat.... Kek ni dibuat saje-saje untuk rakan seofis menikmati hasil tanganku.... Kek ni memang best sebab de buah-buahan, kek span disalut dengan kastad dimana kek ni sedap klau dimakan sejuk.... Ramai rakan-rakan kata kek tu memang best dan tak manis sangat.... Harap rakan-rakan menyukainya....

Sunday, November 18, 2012

Kek Pelangi Karamel ~ 17/11/12

Selamat Sejahtera Semua.... Kembali memblog setelah lama menyepi.... Tempahan kali ini adalah dari Puan Batrisha dari Batu Hitam.... Beliau nak Kek Pelangi Karamel yang dimana Karamel tebal sikit... Kata beliau nak dijamukan sempena hari jadi anak beliau nanti.... Dapat respond dari beliau sekeluarga mengatakan kek tersebut memang sedap dan tidak manis sangat....