Saturday, December 8, 2012

Kek Fruits Top ~ 03/12/2012

Salam kepada semua bloggers.... Isnin lepas saya membuat Kek Fruits Top untuk wat rakan-rakan sepejabat.... Kek ni dibuat saje-saje untuk rakan seofis menikmati hasil tanganku.... Kek ni memang best sebab de buah-buahan, kek span disalut dengan kastad dimana kek ni sedap klau dimakan sejuk.... Ramai rakan-rakan kata kek tu memang best dan tak manis sangat.... Harap rakan-rakan menyukainya....

Sunday, November 18, 2012

Kek Pelangi Karamel ~ 17/11/12

Selamat Sejahtera Semua.... Kembali memblog setelah lama menyepi.... Tempahan kali ini adalah dari Puan Batrisha dari Batu Hitam.... Beliau nak Kek Pelangi Karamel yang dimana Karamel tebal sikit... Kata beliau nak dijamukan sempena hari jadi anak beliau nanti.... Dapat respond dari beliau sekeluarga mengatakan kek tersebut memang sedap dan tidak manis sangat....

Thursday, October 25, 2012

Kek Coklat Lapis Cheese ~ 18/10/12

Baru dapat upload tempahan ni.... Tempahan diwat pada minggu lepas daripada Puan Amalina untuk menyambut hari jadi anak perempuannya.... Beliau nak kek coklat lapis cheese ni di deco dengan coklat ganache serta dihias atas kek tersebut Happy Bday Akma pada hari khamis lepas 18/10/2012.... Beliau happy sangat dengan tempahan tersebut....

Friday, October 12, 2012

Kek Coklat Lapis Cheese Lagi.... ~ 08/10/12

Salam pagi semua.... Tempahan kali ni dari PA Timbalan Kewangan Puan Shara ode Kek Coklat Lapis Cheese with coklat ganache.... Tempahan ini merupakan kali kedua dari Puan Shara.... Beliau kata nak ode untuk makan-makan bersama keluarga aje.... Terpesona dgn melihat kek yang ditempah oleh puan nissa tempoh hari maka beliau pun ingin menempah kek tersebut.... Beliau kata kek ni memang sedap hingga menjilat jari.... Alhamdullilah....

Sunday, October 7, 2012

Kek Brownies Coklat Cheese ~ 01/10/2012

Ni merupakan ode pertama yang saya terima dari rakan ofis iaitu Puan Nissa dari unit bujet.... Beliau ode Kek Brownies Coklat Cheese setelah melihat saya tag gambar di facebook.... Kek ni memang sedap terutama cheesenya yang mempunyai perasa lemon.... Diatas kek itu Puan Nissa hendakkan dilimpahi oleh coklat cair diatas kek tersebut.... Beliau kata dia memang sukakan coklat dan nak makan bersama keluarganya.... Puan Nissa beritahu yang beliau sangat berpuashati dengan rasa kek tersebut dan memang best.... Nanti boleh lah ode lagi yea....

Tart Buah tempahan dari Yati dan Shara ~ 28/09/2012

Tempahan diterima dari 2 rakan ofis iaitu Yati dan Shara.... Nak tart buah 2 set ni pada hari Jumaat 28/09/2012.... Mereka berdua ni berbadan dua jadinya nak melepas rasa kempunan katanya tu yang ode tart buah ni.... Kebetulan masa wat tart ni tak terjumpa buah kiwi dan strawberry.... Jadinya saya gantikan dengan nenas dalam tin.... Harap mereka berdua puas hati dengan ode ni.....

Monday, September 24, 2012

Coklat untuk Pengantin... Majlis Jemput Menantu Dato' Hj. Jamlus & Datin Mala 23/9/12....





Dapat Jemputan dari Datin Mala Majlis Jemput menantu pada 23.09.12 Ahad semalam.... Anak lelaki beliau yang berkahwin.... Datin Mala merupakan bekas rakan seofis yang telah pencen pilihan pada tahun lepas.... Majlis diwat di Dewan Sri Dagangan berhadapan UIA betul ke ni nama dewan tu.... Betul la tu kot..... Tema majlis hijau pucuk pisang dan putih..... Saya saja menghadiahkan coklat wat pengantin.... Harap pengantin happy dengan hadiah tu.... Harap perjalanan hidup pasangan pengantin dipenuhi peristiwa yang manis mcm coklat ni....

Fruit Tart ode dari Puan Ira....



Salam semua.... Ode kali ini dari Puan Ira nakkan tart buah 50 biji.... Beliau kata nak wat hidangan untuk Jamuan Hari Raya bagi Tingkat 5 Jabatan PKPN.... Ramai cakap tart shell rapuh dan sedap.... Lepas ni boleh la ode lagi....

Friday, July 13, 2012

Cheese Tart dan Fruit Tart Lagi ~ 10/07/12

Kali ini ode diwat oleh rakan-rakan ofis untuk cheese blueberry tat dan tat buah sebanyak 50 biji untuk 1 set.... 2 rakan ofis iaitu Kak Jue dan Kak Ti yang ode nak 50 biji cheese tat separuh dan tat buah separuh lagi.... Mereka kata nak makan bersama keluarga je.... Harap tat ni dapat merapatkan lagi silaturahim hubungan mereka sekeluarga....

Tempahan Kek Indulgence ~ 09/07/12

Tempahan kali ni dari Puan Sh. Rohana untuk hari jadi anak bongsu beliau.... Beliau ode sebiji Kek Indulgence berserta hiasan bunga ros gumpaste....Beliau nak kek ni pada 09/06/12.... Beliau cakap anaknya bawak kek tersebut ke sekolah untuk dirai bersama cikgu dan kawan-kawan.... Harap beliau berpuashati dengan ode tersebut....

Friday, July 6, 2012

Cupcake Coklat & Vanilla untuk Majlis Kahwin Jemput Menantu ~ 30/06/12

Tempahan ni baru di update dalam blog.... Tempahan ni di buat sebulan yang lepas oleh Fadlina iaitu nak 100 biji cupcake.... Beliau nak cupcake berperisa coklat dan vanila untuk majlis kahwin jemput menantu yang diadakan pada 30hb Jun.... Tempahan ni untuk diberikan pada tetamu VIP dan keluarga sebelah perempuan nanti memandangkan abang beliau yang berkahwin ni....Ini merupakan tempahan kali ke 5 oleh beliau....

Tuesday, July 3, 2012

Blueberry Cheese Tart dan Tart Buah ~ 25/06/12

Salam semua.... Tempahan kali ni diterima dari rakan seofis iaitu Pn. Aida.... Beliau teringin nak makan Blueberry Cheese Tart dan Tart Buah.... Nak 50 biji dimana separuh cheese tart dan separuh lagi tart buah.... Nak makan bersama-sama dengan keluarga katanya.... Lepas ni bolehla ode lagi yea....

Kek Hantaran Fondant ~ 23/06/12

Minggu lepas saya menerima tempahan dari Cik Norfadlina iaitu sebiji Kek Hantaran untuk kahwin abangnya pada 23hb Jun.... Beliau nak Kek Coklat Moist dibalut fondant berwarna putih dan bunga hiasan warna merah.... Beliau cakap kek hantaran tu cantik sangat.... Harap beliau berpuashati dengan tempahan ini.... 

Thursday, May 17, 2012

Cupcake Vanila dan Coklat ~ 12/05/12

Tempahan ni merupakan kali ketiga dari Cik Fadlina.... Tempahan cupcake vanila dan coklat with filling sebanyak 16 biji untuk adiknya yang memang mengemari cupcake.... Harap beliau berpuashati dengan tempahan ini....