Monday, December 12, 2011

Tempahan Blueberry Cheese Tart




Tempahan ni diterima dari Puan Rozita dari Balok untuk hari jadi anaknya.... 50 biji Blueberry Cheese Tart.... Harap Puan Rozita berpuashati dengan tempahannya....

Wednesday, October 26, 2011

Kek Blueberry



Isnin lepas saje2 lapangkan masa wat Kek Blueberry untuk mak tercinta.... Kek ni diwat untuk makan-makan bersama family je....

Sunday, October 2, 2011

Triffle & Kek Lumut Untuk Majlis Kesyukuran



Saje-saje kwn rajinkan diri membuat Triffle dan Kek Lumut untuk majlis kesyukuran bagi Bapa saudara pada tahun ni dapat mengerjakan Haji bersama isterinye.... Triffle tu diwat perasa oren dan Kek Lumut saje diwat lembab sikit.... Walaupun rupa macam lumut tapi bila makan sedap hingga menjilat jari.... Triffle lagi sedap kalau dimakan dalam keadaan sejuk dengan whipping cream....

Friday, September 23, 2011

Cheese Tart Blueberry



Selamat Pagi Malaysia.... Semalam wat 50 biji cheese tart bluebeery utk Majlis Rumah Terbuka di ofis.... Dah agak lama tak wat tapi akhirnye menjadik jugak.... Harap-harap rakan-rakan ofis sukakannya....

Monday, August 22, 2011

Cenderahati Perpisahan ~ 22/08/11




Salam semua.... Pada Jumaat lepas 22/08/2011 merupakan hari terakhir kwn berada di Jabatan JKR Caw. Kej. Mekanikal Negeri.... Pada 11hb kwn telah dapat surat pertukaran ke Pej. Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Pahang.... Maka bagi hari terahkir kwn telah wat sikit pemberian cenderahati kepada rakan-rakan sekerja terutama di unit kewangan.... Kwn wat coklat, cupcake oren dan hadiah keychain setiap seorang di unit kewangan.... Diharapkan mereka menjalankan tugas dengan lebih tekun, sabar, cekap serta amanah dengan ketiadaan kwn nanti.... Selamat tinggal rakan-rakan kay, zai, kak iza dan maria....

Sunday, July 24, 2011

Tempahan Coklat Praline

Salam semua.... Tempahan kali ni dari rakan ofis untuk hari pertunangan anak saudaranya di Marang, Terengganu.... Hendak coklat praline berfilling dan plain.... Terima kasih kerana menempah coklat ni dan harap berpuas hati dengan hasilnye....

Monday, July 18, 2011

35 pcs Praline Coklat

Tempahan dari rakan ofis Kay ( Kamsiah ) untuk Harijadi rakannye.... Berkehendakan tema ungu memandangkan rakannye suka warna ungu.... Coklat ada filling perasa oren dan kekacang.... Harap beliau berpuashati dengan tempahan tersebut....

Thursday, June 30, 2011

Coklat Box ( Square ) - L dan Praline 35 pcs

Tempahan dari En. Mazele rakan ofis coklat box kotak size L dan praline 35 biji.... Tempahan diwat 1 bulan yang lalu untuk majlis kahwin anak saudaranye pada 02.07.2011 Sabtu ni.... Nak tema ungu katanye.... Atas coklat tu diletakkan edible image yang ditempah khas dari Chetam.... Isi dalam kotak coklat tu diwat coklat oreo diletakkan edible image jugak.... Ni merupakan tempahan kali pertama beliau dan diharapkan puas hati dengan tempahan ni.... Lepas ni boleh la wat ode kat mai lagi - TQVM....

Tuesday, June 28, 2011

Apam Dot-Dot

Tempahan kali ni dari Puan Rodzila dari Pekan hendakkan Apam Dot-Dot sebanyak 50 biji.... Beliau nak ada filling/ inti strawberry dan coklat.... Diharapkan beliau berpuas hati dengan tempahan ni....

Friday, June 10, 2011

Apam Polkadot



Tempahan dari Zai ( harap saya betul namanye ) dari Bukit Kuantan nak apam polkadot atau apam dot dot sebanyak 250 biji.... Beliau menempahnya untuk majlis cukur jambul pada hari ahad ni.... Apam ni berinti coklat dan strawberry....

Blueberry Cheese Cake



Salam untuk hari ni.... Tempahan kali ni dah seminggu yang lepas.... Baru hari ni N3 dimasukkan ke blog.... Tempahan ni diwat oleh rakan ofis En. Azizul untuk harijadi anak perempuannya Nissa yang ke 2 tahun.... Hendak Blueberry Cheese Cake dideco dengan fresh krim dan coklat praline.... Atas kek tersebut blueberry dihias dalam bentuk bintang mengikut kehendak customer.... Harap beliau berpuashati dengan kek tersebut....

Tuesday, June 7, 2011

Cupcake dan Coklat Praline




Hari ni tempahan disiapkan untuk permintaan Cik Amira di Balok.... Tempahan ini diwat seminggu yang lepas.... Beliau oder 16 biji cupcake perasa oren dan coklat praline 3 biji dalam 1 bekas untuk 16 bekas semuanya.... Untuk hari keluarga katanya sempena cuti sekolah ni.... Harap beliau berpuas hati dengan tempahan tersebut....

Saturday, June 4, 2011

Tempahan Coklat Oreo

Salam.... Kali ni tempahan dari rakan ofis Pn. Rosita.... Beliau menempah coklat oreo edible image sebanyak 50 biji semuanye.... Beliau menempah untuk sambutan Hari Jadi bapa saudaranye di KL....

Thursday, April 28, 2011

Tempahan Choc Box Tema Putih & Unguis





Salam blogger.... Tempahan yang siap diwat untuk hantaran kahwin pada 29hb April 2011.... Kak Ros rakan ofis menempah dari bulan lepas iaitu choc box love untuk hantaran perkahwinan anak perempuan sulungnye.... Berkehendakkan tema putih salju & ungu.... Coklat praline berintikan kekacang hazel & badam.... Diharapkan beliau berpuas hati dengan coklat tersebut....

Sunday, April 3, 2011

Coklat Oreo Baby




Salam semua.... Tempahan ni diwat oleh Puan Ita untuk menyambut adiknye yang melahirkan anak sulung pada 3 hari yang lepas.... Beliau menempah oreo tulisan baby.... Diharapkan beliau puas hati dengan coklat tu.....

Saturday, March 26, 2011

Coklat Kasut Dan Tas Tangan




Semalam terbuka blog www.homechoc.com tertarik dengan coklat dari UK iaitu choc.chic memperkenalkan buatan coklat dalam bentuk kasut dan tas tangan.... Tak sangka mereka ni hebat dalam pembuatan coklat dan pandai membuat acuan atau mold yang tak pernah kita terfikir boleh dibentuk menjadi kasut, hand bag dan sebagainya.... Coklat kasut dan tas tangan tu begitu unik dan menarik dengan pelbagai warna atau coraknye.... Bayangkan kalau coklat tu dijadikan hantaran atau diletakkan sebagai hiasan atas kek.... Cara teknik mewarnakan atau membuat corak tu pun memerlukan kemahiran agar buatan coklat tu nampak seperti betul-betul sebuah kasut dan tas tangan.... Kawan-kawan tak teruja ke???