Thursday, June 30, 2011

Coklat Box ( Square ) - L dan Praline 35 pcs

Tempahan dari En. Mazele rakan ofis coklat box kotak size L dan praline 35 biji.... Tempahan diwat 1 bulan yang lalu untuk majlis kahwin anak saudaranye pada 02.07.2011 Sabtu ni.... Nak tema ungu katanye.... Atas coklat tu diletakkan edible image yang ditempah khas dari Chetam.... Isi dalam kotak coklat tu diwat coklat oreo diletakkan edible image jugak.... Ni merupakan tempahan kali pertama beliau dan diharapkan puas hati dengan tempahan ni.... Lepas ni boleh la wat ode kat mai lagi - TQVM....

Tuesday, June 28, 2011

Apam Dot-Dot

Tempahan kali ni dari Puan Rodzila dari Pekan hendakkan Apam Dot-Dot sebanyak 50 biji.... Beliau nak ada filling/ inti strawberry dan coklat.... Diharapkan beliau berpuas hati dengan tempahan ni....

Friday, June 10, 2011

Apam Polkadot



Tempahan dari Zai ( harap saya betul namanye ) dari Bukit Kuantan nak apam polkadot atau apam dot dot sebanyak 250 biji.... Beliau menempahnya untuk majlis cukur jambul pada hari ahad ni.... Apam ni berinti coklat dan strawberry....

Blueberry Cheese Cake



Salam untuk hari ni.... Tempahan kali ni dah seminggu yang lepas.... Baru hari ni N3 dimasukkan ke blog.... Tempahan ni diwat oleh rakan ofis En. Azizul untuk harijadi anak perempuannya Nissa yang ke 2 tahun.... Hendak Blueberry Cheese Cake dideco dengan fresh krim dan coklat praline.... Atas kek tersebut blueberry dihias dalam bentuk bintang mengikut kehendak customer.... Harap beliau berpuashati dengan kek tersebut....

Tuesday, June 7, 2011

Cupcake dan Coklat Praline




Hari ni tempahan disiapkan untuk permintaan Cik Amira di Balok.... Tempahan ini diwat seminggu yang lepas.... Beliau oder 16 biji cupcake perasa oren dan coklat praline 3 biji dalam 1 bekas untuk 16 bekas semuanya.... Untuk hari keluarga katanya sempena cuti sekolah ni.... Harap beliau berpuas hati dengan tempahan tersebut....

Saturday, June 4, 2011

Tempahan Coklat Oreo

Salam.... Kali ni tempahan dari rakan ofis Pn. Rosita.... Beliau menempah coklat oreo edible image sebanyak 50 biji semuanye.... Beliau menempah untuk sambutan Hari Jadi bapa saudaranye di KL....