Thursday, October 25, 2012

Kek Coklat Lapis Cheese ~ 18/10/12

Baru dapat upload tempahan ni.... Tempahan diwat pada minggu lepas daripada Puan Amalina untuk menyambut hari jadi anak perempuannya.... Beliau nak kek coklat lapis cheese ni di deco dengan coklat ganache serta dihias atas kek tersebut Happy Bday Akma pada hari khamis lepas 18/10/2012.... Beliau happy sangat dengan tempahan tersebut....

Friday, October 12, 2012

Kek Coklat Lapis Cheese Lagi.... ~ 08/10/12

Salam pagi semua.... Tempahan kali ni dari PA Timbalan Kewangan Puan Shara ode Kek Coklat Lapis Cheese with coklat ganache.... Tempahan ini merupakan kali kedua dari Puan Shara.... Beliau kata nak ode untuk makan-makan bersama keluarga aje.... Terpesona dgn melihat kek yang ditempah oleh puan nissa tempoh hari maka beliau pun ingin menempah kek tersebut.... Beliau kata kek ni memang sedap hingga menjilat jari.... Alhamdullilah....

Sunday, October 7, 2012

Kek Brownies Coklat Cheese ~ 01/10/2012

Ni merupakan ode pertama yang saya terima dari rakan ofis iaitu Puan Nissa dari unit bujet.... Beliau ode Kek Brownies Coklat Cheese setelah melihat saya tag gambar di facebook.... Kek ni memang sedap terutama cheesenya yang mempunyai perasa lemon.... Diatas kek itu Puan Nissa hendakkan dilimpahi oleh coklat cair diatas kek tersebut.... Beliau kata dia memang sukakan coklat dan nak makan bersama keluarganya.... Puan Nissa beritahu yang beliau sangat berpuashati dengan rasa kek tersebut dan memang best.... Nanti boleh lah ode lagi yea....

Tart Buah tempahan dari Yati dan Shara ~ 28/09/2012

Tempahan diterima dari 2 rakan ofis iaitu Yati dan Shara.... Nak tart buah 2 set ni pada hari Jumaat 28/09/2012.... Mereka berdua ni berbadan dua jadinya nak melepas rasa kempunan katanya tu yang ode tart buah ni.... Kebetulan masa wat tart ni tak terjumpa buah kiwi dan strawberry.... Jadinya saya gantikan dengan nenas dalam tin.... Harap mereka berdua puas hati dengan ode ni.....