Friday, July 13, 2012

Cheese Tart dan Fruit Tart Lagi ~ 10/07/12

Kali ini ode diwat oleh rakan-rakan ofis untuk cheese blueberry tat dan tat buah sebanyak 50 biji untuk 1 set.... 2 rakan ofis iaitu Kak Jue dan Kak Ti yang ode nak 50 biji cheese tat separuh dan tat buah separuh lagi.... Mereka kata nak makan bersama keluarga je.... Harap tat ni dapat merapatkan lagi silaturahim hubungan mereka sekeluarga....

Tempahan Kek Indulgence ~ 09/07/12

Tempahan kali ni dari Puan Sh. Rohana untuk hari jadi anak bongsu beliau.... Beliau ode sebiji Kek Indulgence berserta hiasan bunga ros gumpaste....Beliau nak kek ni pada 09/06/12.... Beliau cakap anaknya bawak kek tersebut ke sekolah untuk dirai bersama cikgu dan kawan-kawan.... Harap beliau berpuashati dengan ode tersebut....

Friday, July 6, 2012

Cupcake Coklat & Vanilla untuk Majlis Kahwin Jemput Menantu ~ 30/06/12

Tempahan ni baru di update dalam blog.... Tempahan ni di buat sebulan yang lepas oleh Fadlina iaitu nak 100 biji cupcake.... Beliau nak cupcake berperisa coklat dan vanila untuk majlis kahwin jemput menantu yang diadakan pada 30hb Jun.... Tempahan ni untuk diberikan pada tetamu VIP dan keluarga sebelah perempuan nanti memandangkan abang beliau yang berkahwin ni....Ini merupakan tempahan kali ke 5 oleh beliau....

Tuesday, July 3, 2012

Blueberry Cheese Tart dan Tart Buah ~ 25/06/12

Salam semua.... Tempahan kali ni diterima dari rakan seofis iaitu Pn. Aida.... Beliau teringin nak makan Blueberry Cheese Tart dan Tart Buah.... Nak 50 biji dimana separuh cheese tart dan separuh lagi tart buah.... Nak makan bersama-sama dengan keluarga katanya.... Lepas ni bolehla ode lagi yea....

Kek Hantaran Fondant ~ 23/06/12

Minggu lepas saya menerima tempahan dari Cik Norfadlina iaitu sebiji Kek Hantaran untuk kahwin abangnya pada 23hb Jun.... Beliau nak Kek Coklat Moist dibalut fondant berwarna putih dan bunga hiasan warna merah.... Beliau cakap kek hantaran tu cantik sangat.... Harap beliau berpuashati dengan tempahan ini....